Perlembagaan

KELAB SENIFOTO & MULTIMEDIA
SMK SULTAN YUSSUF BATU GAJAH PERAK

PERLEMBAGAAN PERSATUAN

PERATURAN 1 NAMA DA ALAMAT

a. Nama Kelab : Kelab Senifoto & Multimedia
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yussuf Batu Gajah

b. Alamat : Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Yussuf
Jalan Ilmu 31000 Batu Gajah
Perak.

PERATURAN 2 MATLAMAT

Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara
seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi rohani dan intelek.

PERATURAN 3 OBJEKTIF

3.1 Supaya ahli dapat menganggotai Kelab Fotografi & Multimedia dengan lebih terpimpin dalam menimba ilmu fotogarfi & multimedia dan memupuk semangat bertanggungjawab dan disiplin diri.
3.2 Ahli-ahli akan seberapa daya untuk mencapai kejayaan dalam setiap aktiviti yang diceburi dan ilmu yang dipelajari.

PERATURAN 4 KEAHLIAN

4.1 Dibuka kepada semua murid sekolah ini
4.2 Permohonan menjadi ahli melalui pendaftaran melalui borang yang disediakan
4.3 Ahli mestilah menerima dan bersetuju berpegang dengan Perlembagaan dan mengambil bahagian yang aktif dalam semua aktiviti yang diceburi.

PERATURAN 5 GURU PENASIHAT

5.1 Guru Penasihat mestilah guru yang bertugas di sekolah ini.
5.2 Guru Penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan
pelaksanaan sesuatu aktiviti.

PERATURAN 6 AHLI JAWATANKUASA

6.1 Dilantik semasa Mesyuarat Agong.
6.2 Pemilihan jawatakuasa secara undian
6.3 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik atas budi bicara Guru Penasihat tanpa
mengadakan mesyuarat.
6.4 AJK yang hendak meletak jawatan hendaklah menghantar surat perletakan
jawatan kepada Guru Penasihat.
6.5 Ahli Jawatankuasa Kelab hendaklah terdiri:
6.6.1 Pengerusi
6.6.2 Naib Pengerusi
6.6.3 Setiausaha
6.6.4 Penolong Setiausaha
6.6.5 Bendahari
6.6.6 Penolong Bendahari
6.6.7 Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung kepada keperluan)
6.6.8 Pemeriksa Kira-kira (2 orang)

PERATURAN 7 KEWANGAN

7.1 Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui derma yang diputuskan
semasa Mesyuarat Agong dan telah diputuskan sebanyak RM1.00 seorang.
7.2 Kelab boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti kelab.

PERATURAN 8 KEHADIRAN/PENYERTAAN

8.1 Ahli Kelab dikehendaki menghadiri semua aktviti yang dijalankan oleh kelab
sepanjang tahun.
8.2 Kegagalan berbuat demikian sebanyak tiga kali berturut-turut dikehendaki
menulis surat tunjuk sebab. Tindakan memotong markah kehadiran dalam
penilaian kokurikulum boleh diambil sekiranya gagal berbuat demikian.

PERATURAN 9 AKTIVITI

9.1 Dijalankan seperti yang dirancangkan dalam mesyuarat agong atau mesyuarat
ahli jawatankuasa.
9.2 Sebarang pindaan aktiviti boleh dilakukan atas budi bicara Guru Penasihat dan
diumumkan kepada ahli-ahli.

PERATURAN 10 PERATURAN-PERATURAN

10.1 Peraturan sekolah adalah peraturan asas
10.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli
10.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib

PERATURAN 11 TINDAKAN DISIPLIN

11.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak
mematuhi peraturan yang ditetapkan.
11.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:
11.2.1 Amaran lisan
11.2.2 Amaran bertulis

11. 3 Ahli yang tidak berpuashati boleh membuat rayuan kepada Guru Penasihat
Kelab secara bertulis dan keputusan Guru Penasihat adalah muktamad.

PERATURAN 12 PINDAAN PERLEMBAGAAN

12.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.
12.2 Cadangan pindaan boleh dibuat oleh mana-mana ahli yang sah.
12.3 Mesyuarat Khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan AJK akan
membincangkan dan meluluskan jika perlu.
12.4 Setiap pindaan hendaklah diluluskan oleh PK Koku atau Pengetua.

PERATURAN 13 PEMBUBARAN KELAB

13.1 Pengetua berkuasa untuk membubarkan kelab jika didapati melanggar
perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.
13.2 Segala hutang wajib dijelaskan dan baki kewangan akan diputuskan dalam
Mesyuarat Khas

PERATURAN 14 LAIN-LAIN

14. 1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang
dijalankan.
14.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh
minat

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: